Forrest Gump
Forrest Gump

Forrest Gump

Forrest Gump ialah sebuah filem romantik drama komedi epik Amerika Syarikat tahun 1994 berdasarkan novel tahun 1986 dengan nama yang sama oleh Winston Groom. Filem ini diarahkan oleh Robert Zemeckis. Ia dibintangi Tom Hanks, Robin Wright, Gary Sinise, Mykelti Williamson dan Sally Field. Fotografi utama mengambil tempat semasa lewat tahun 1993 terutamanya di Georgia, Carolina Utara dan Carolina Selatan. Ditayangkan di Amerika Syarikat pada 6 Julai 1994, Forrest Gump mencapai kejayaan komersial dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi di Amerika Utara pada tahun itu dengan mengutip 677 juta di seluruh dunia. Pada tahun 1995, filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik untuk Robert Zemeckis, Pelakon Lelaki Terbaik untuk Tom Hanks, Lakon Layar Adaptasi Terbaik untuk Eric Roth, Kesan Visual Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik. Ia turut menerima pelbagai pencalonan dan anugerah lain termasuk Golden Globe dan Anugerah People's Choice. Pada tahun 2011, Perpustakaan Kongres memilih Forrest Gump untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan Amerika Syarikat .[2]

Forrest Gump

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Forrest Gump oleh
Winston Groom
Muzik oleh Alan Silvestri
Lakon layar oleh Eric Roth
Disunting oleh Arthur Schmidt
Pengarah Robert Zemeckis
Penerbit
  • Wendy Finerman
  • Steve Tisch
  • Steve Starkey
Pecah panggung AS$677.9 juta[1]
Mula ditayangkan
  • 23 Jun 1994 
    (Los Angeles)
  • 6 Julai 1994
    (Amerika Syarikat)
Sinematografi Don Burgess
Tempoh tayangan 142 minit
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Paramount Pictures
Perbelanjaan AS$55 juta[1]

Rujukan

WikiPedia: Forrest Gump http://www.accessatlanta.com/atlanta-movies/forres... http://www.allmovie.com/work/131221 http://bobspoetry.com/Bobs01Fe.pdf http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=forrestgum... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=weekend&... http://www.ew.com/ew/article/0,,299341,00.html